Wednesday, 24 April 2013

Kandungan SF Beauty Cosmetic

Kenapa SF beauty ni bagus sangat? Ha ni lah rahsia dalam kandungan dalam sabun- sabun dan krim- krim tersebut;

1. Krim siang:

FUNGSI ;
- pelindung UV
- pelembab kulit
- menghalang cuaca panas
- hidrasi yang boleh menyebabkan kulit kering.
Juga
- boleh dijadikan alas bedak
- mencegah debu
- kotoran kosmetik dari terkena pada lapisan kulit.

KANDUNGAN ;
Kunyit slah satu tumbuhan herba yang dirumus dalam krim siang SF Beauty. Kunyit terbukti dalam kajian saintifik mampu mengurangi tanda tanda noda dan kusam pada wajah, meratakan tona kulit dan melicinkan kulit. Ia mempunyai anti-oksida yang tinggi dan mampu merawat dan menganjalkan kulit. Selain kunyit, kandungan yang ada dalam produk krim siang SF Beauty ialah temulawak. Sejenis tumbuhan herba yang turut kaya antioksidan yang melambatkan proses penuaan, turut berkesan mengubati jerawat dan merawat bintik2 hitam pada kulit.

2. Krim malam:

FUNGSI ;
- krim yang berfungsi mengangkat sel-sel mati pada kulit
- menggantikan kelembapan yang hilang akibat cuaca siang yang panas
- memulihkan kembali sel-sel yang lesu dan letih agar bangun pagi kulit lebih segar dan berseri.

KANDUNGAN ;
Krim malam SF Beauty pula diperkaya dengan sumber tumbuh-tumbuhan pergunungan serta zat tambahan dari sarang burung walit. Ia berupaya menyubur dan merangsang sel kulit agar sentiasa awet muda, halus, licin, lembut dan anjal. Selain menyegar dan melembabkan kulit, khasiat sarang burung walit juga boleh mengurangkan kedutan halus serta mencerahkan wajah.

3. Vitamin C:

Vitamin C (asid askorbik) dalam sabun pembersih SF Beauty membantu mereka yang bermasalah jerawat dengan mengawal pembiakan bakteria penyebab jerawat, mempercepatkan kesembuhan luka, merawat parut serta menguatkan tisu kulit dan badan. Vitamin C amat diperlukan dalam proses pembentukan kolagen, iaitu jalinan protein penting yang berperanan membentuk lapisan kulit sihat dan kuat. Selain itu, Vitamin C juga berupaya mengawal pengeluaran sebum berlebihan yang menyebabkan kulit sangat berminyak, yang akhirnya menutup pori2 kulit dan menyebabkan bintik putih dan hitam di wajah. Dengan amalan berterusan, kulit tampil lebih licin, halus dan anjal.

4. Vitamin E:

Sabun pembersih SF Beauty berumusan Vitamin E (tocopherol acetate) pula bersifat antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan yang berpunca akibat sinar UV serta pencemaran. Ia mengaktifkan metabolisma bagi merangsang pertumbuhan kulit baru yang sihat, membantu sel2 kulit mendapat lebih oksigen dan kekal lembab. Hasilnya kulit lebih licin berseri, cerah serta mengelakkan penuaan pramatang seperi kedutan halus dan jeragat.

No comments:

Post a Comment